Tuesday, November 3, 2009

m@l@m l@st ng@n cik @zura

malam nie ak sdih tau cz malam nie adalah malam last ak bersama cik azura...pada malam nie juga malam last pembentangan ahli kumpulan yg lom bentang ag....malam nie gk cik nampak heppy cz kami semua dgr pembentangan ngan bek dan tak bising pn..huhuhu...
ak gembira cz cik heppy xcam mggu yg lepas cik sedih...malam nie gk pas bentang cik buat kuiz ...cik epy gk cz xde pn yg meniru n snue sggh2 jwb...
lps hbis jwb kuiz 2 cik ngan senyum manis nk bg kmi tips msk pkse cz kami sgt bek malam 2....hihihihi....
last dah sesi blaja ak n geng2 ak p salam ngan cik mntak maah cz byk wat clap..hehehe...

Tuesday, October 13, 2009

m@l@m pembent@ng@n

rabu 7 oktober 2009

pada malam ini, adalah malam pembentangan setiap kumpulan dekat Dkg3/10..pada malam ini kami semua akan bentangkan hasil kerja kumpulan masing2 dan cik azura mendengarnya..semasa kami bentang markah akan diberikan oleh cik azura kpd kami setiap ahli kumpulan...


pada malam 2 juga kebanyakan pelajar datang awl sebab takut terlewat untuk sesi pembentangan...cik azura dengan senyuman manis masuk ke kelas kerana tengok kami ramai yang datang awl...hehehe..


sesi pembentangan kumpulan sy dan kawan2 seperjuangan adalah mengenai prospek multimedia...ahli kumpulan kami seramai 5orang iaitu mira,shasi,rekha dan amira serta sy la...semasa pembentangan kami semua tidak ke hadapan hanya rekha dan shasi jer kerana kami dah sepakat kami bertiga cari bahan dan yang len bentang...itulah kte sepakat kumpulan kami..adil dan saksama...


pada sesi bentang itu juga seorang rakan saya iaitu lourence dan ucop bgn dan tanyekan soalan kpd kumpulan kami...rekha menjwb soalan itu dengan pantasnya....


selepas kumpulan kami bentang......kumpulan len plak bentang...kumpulan ini membentangkan mengenai teknostress...dalam sesi bentang kumpulan ini..rakan kelas sy iaitu safi melontarkan soalan yang bertubi2 hinggakan ada yang menjawab bagaikan nk bertumbuk pun ade...huhuhu..


tpi yang sedihnye sesi pembentangan ini berakhir dengan kesedihan kerana banyak pembentangan yang dibuat tidak memuaskan hati cik azura..cik azura menangis disebabkan oleh kami semua...

Wednesday, September 30, 2009

bEl@j@r b@b6

9 september 2009
pada malam nie cik Azura mengajar tajuk telekomunikasi. Sistem telekomunikasi ini dalah satu perhubungan dengan satu jarak yang menggunakan elektrik....contoh alatan telekomunikasi ialah radio, televisyen dan sebagainya.......
Siatem ini digunapakai juga dengan pelbagai bentuk...contohnya ia digunakan dalam bentuk isyarat telekomunikasi seperti asap dan bunyi......
selain itu,dalam bab ini juga terdapat beberapa jenis perkhidmatan telekomunikasi seperti talian sewa yang boleh digunakan apabila dibayar sewa....seterusnya talian persendirian dan juga dedicated line iaitu talian yang digunakan semasa kecemasan jika talian sewa dan persendirian tidak boleh digunakan......ada juga talian lain seperti fixed line yang digunakan dalam talian telefon,wimax,world wide wireless,digital multimedia,zigbee.wibree dan 3G......
selain itu juga cik Azura mengajar saya dan rakan2 mengenai satelit iaitu objek yang digunakan dalam orbit2 atau kawasan manusia dan ia juga merupakan kombinasi nod yang ditawarkan dari satu point ke satu point....orbit pula adalah satu laluan yang mengelilingi bumi,bernentuk condong dan ada pola kutub utara dan kutub selatan.....
terdapat beberapa jenis satelit iaitu Anyi-satelit weapons,Astronomical satelite,biosatelite,communication satelite,Miniaturized satelite,navigational satelite,reonnaissance satelite,earth abservation satelite,space station,tether satelite dan weather satelite.....

Saturday, September 5, 2009

penGh@nt@r@n bersiRi d@t@ bergeR@K d@n tak seger@k

Komunikasi bersiri
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Dalam
telekomunikasi dan sains komputer, komunikasi bersiri adalah proses penghantaran satu bit data pada satu-satu masa, mengikut turutan, serta melalui saluran komunikasi atau komputer bas. Ini adalah amat berbeza daripada komunikasi selari di mana semua bit data bagi setiap simbol dihantar secara serentak. Komunikasi bersiri digunakan dalam semua jenis komunikasi jarak jauh dan juga dalam kebanyakkan rangkaian komputer, di mana kos untuk penggunaan kabel dan penyegerakan bagi komunikasi bersiri adalah tidak praktikal. Dengan kemajuan teknologi yang di capai sekarang membolehkan penggunaan komunikai bersiri menjadi semakin meluas di mana data dapat dipindahSistem pemultipleksan pembahagi masa

Hampir kesemua saluran komunikasi digital berjarak jauh adalah menggunakan medium pembawa telefon. Sistem telefon digital menggunakan bingkai segerak bit-bit yang diulang sebanyak 8000 kali per saat. Ini biasanya menggunakan satu atau beberapa bilangan bit yang membentuk satu corak bagi membolehkan sistem berada dalam keadaan "segerak" , dan bagi menentukan permulaan bagi sesuatu kerangka. Blok-blok data kemudiannya dikenalpasti dengan mengira bilangan bit atau kumpulan bagi 8 bit dari permulaan bagi sesuatu kerangka; kaedah ini adalah dikenali sebagai "Pemultipleksan Pembahagi Masa" (time-division multiplexing).

Pengulangan kerangka ini adalah jauh lebih cekap berbanding teletaip berbentuk UART, kerana ia kurang overhed. Julat sistem telefon dari talian T-1, dimana ia mempunyai bilangan kerangka sebanyak 24 bit dan satu bit segerak ke kerangka SONET, iaitu kerangka yang mengandungi beribu-ribu bilangan bit dan mempunyai 1% bit segerak yang dibahagikan dalam kerangka utama. Kelebihan bagi sistem ini adalah corak bagi bit dapat diulang dengan menggunakan sebarang jenis modem, menjadikan data bebas daripada medium penghantaran.
Di dalam sistem telefon, format data dihantar melalui media fizikal yang disusunkan di dalam gelung. Gelung ini mungkin merangkumi banyak bandar atau talian penghantaran tunggal yang menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain.
Penghala (router) dapat memindahkan blok-blok data walaupun hanya untuk perbualan telefon tunggal dari satu talian ke talian yang lain

Secara umumnya, setiap saluran bagi setiap nod dalam gelung adalah terdiri daripada blok-blok bagi setiap kerangka yang berulang. Apabila penghala menerima data bagi sesuatu saluran, ia menggunakan data dari blok kerangka tersebut. Apabila menghantar data pula, ia akan mengisikan blok dengan data yang telah dihasilkannya. Dalam keadaan ini, satu saluran tunggal yang pantas akan dipecahkan kepada beberapa saluran yang lebih perlahan.
Sistem penghantaran jarak jauh ini biasanya menghMod pemindahan tak segerak
Dalam tahun 1970-an, syarikat Doelz telah membangunkan sebuah sistem komunikasi bersiri semi-segerak. Sistem ini menggunakan kerangka segerak pendek pada satu gelung fizikal, tetapi peralatan saluran ini hanya dapat menghilangkan, menyimpan dan melambatkan data berkeutamaan rendah jika terdapat data yang lebih tinggi keutamaannya. Kelebihan utama rekabentuk rangkaian Doelz adalah data keutamaan rendah, kebolehharapan tinggi bagi rangkaian digital daripada komputer dapat digabungkan dengan data kebolehharapan rendah untuk keutamaan tinggi dengan kos yang rendah seperti pemodulatan suara kod dedenyut.
Penyelidik-penyelidik AT&T kelihatan seperti telah meminjam konsep yang penting daripada Doelz dengan tujuan membangunkan sebuah sistem yang serupa iaitu “Mod Pemindahan Tak-Segerak” (Asynchronous Transfer Mode, ATM). Sistem ini juga menggunakan paket bersaiz tetap yang mempunyai kerangka kecil yang berulang. Di samping itu, setiap paket mengandungi maklumat saluran dalam bentuk indeks pengenalan saluran dan data permbetulan ralat yang boleh dipilih.
Walaupun dianggap sebagai satu protokol utama atau protokol transmisi, ATM kurang digunakan berbanding protokol internet, yang mempunyai overhed setiap paket yang lebih rendah.

Sistem teletaip
Sistem teletaip yang asas telah berkembang menjadi sistem telegraf automatik yang dikenali sebagai
telex. Asalnya, sebuah penukar tertib mekanikal (suis berputar) telah dimulakan oleh “bit permulaan”. Penukar tertib itu akan mengagihkan bit-bit lain kepada satu set penggantian yang akan menarik solenoid yang seterusnya akan menyebabkan mekanisme tersebut mencetak rajah pada kertas. Penghalaan adalah secara automatik melalui sistem pendailan elektromekanikal yang berputar seperti yang digunakan pada sistem telefon yang terdahulu. Apabila penggunaan komputer semakin meluas, sistem komunikasi sesiri ini telah diubahsuai mengunakan peranti I/O yang dikenali sebagai port bersiri yang menggunakan UART. Pembangunan perkakasan komunikasi telah memberi kesan mendalam secara berterusan kepada asas perisian dan sistem operasi, di mana kedua-duanya adalah biasa digunakan dalam pengaturan data sebagai satu jujukan huruf.

Bas sesiri
Litar bersepadu (IC) adalah lebih mahal apabila ia mempunyai lebih bilangan pin. Untuk mengurangkan bilangan pin, kebanyakkan IC menggunakan bas sesiri untuk memindahkan data apabila kelajuan penghantaran tidak diutamakan. Contoh bagi bas sesiri berkos rendah adalah SPI, I2C dan 1-Wire.
Diambil daripada data protokol
internet menggunakan teknik yang dikenali sebagai geganti bingkai.kan dengan kelajuan yang lebih tinggi.



Friday, September 4, 2009

m@L@M STUDY B@B5 & KUIZ

RABU 2 SEPTEMBER 2009

pada malam ini cik azura mengajar bab5 iaitu mengenai komunikasi data...dalam bab ini komunikasi didefinisikan sbg keadaan di mana data yg telah siap diproses sesebuah komputer akn dihantar kepada komputer/perkakasan melalui media komunikasi yg tertentu....


dalam bab ini jg terdapat beberapa bentuk trasmisi data iaitu (a)penghantaran bersiri/serial dan (b)penghantaran selari/parallel.selain itu jg,terdapat jg mod2 penghantaran iaitu simpleks,setengah dupleks dan dupleks penuh....


terdapat jg media penghantaran...media ini terbahagi kpd 3 jenis iaitu media penghantaran berpadu(wayar terpiuh,kabel koaxial dan gentian optik),penghantaran media tidak berpadu(siaran penghantaran radio) dan penghantaran tanpa wayar(infra merah,bluetooh,gelombang mikro dan satelit).seterusnya,komponen perkakasan iaitu stesenkerja,pelayan dan routers.....


selepas penerangan bab cik azura teruskan dgn kuizzz...soalan kuiz cik azura sgt mencabar sy tauu..hu2..cik azura berpesan kat kami semua supaya jgn bercakap semasa jwb kuiz...dalam2 ngah jwb tu ade yang bercakap dan cik azura rampas kertas mereka dan mereka tidak dapat teruskan jwb soalan kuizz tu...


sy tak dapat jwb semuanya soalan kuiz tu sebab xingat...byk yg tak jwb...masa dah tamat lak..sy hantar ngan kertas kosong mcm 2 aje dan ambil fail kat cik azura dan terus balik....


sekian memory kuizz yg berlaku..hu2...

m@l@m y@ng s@ng@t sedih

pada 26 september study bab4

pada mlm ini cik azura mengajarsaya dan rkn2 mengenai bab4yang sangat menarik dan best tau..pada mlm ini jg saya,mira suraini dan mira 1org lg lmbt dtg ke klas cik azura..hu3..kami takut gak nk msk tapi ramai lg yang baru dtg..mklmlah bln puasa dan mlm 2 gak bas lmbt dtg dan kami diturunkan dekat dewan MAS..

cik azura teruskan penbelajarannya itu..pada mulanya semua orang mendengar dgn baiknya pasal bab yang diajarcik azura...kami seronok mendengarnya tau...cik azura mengajar2 dan selepas itu cik azura memberikan kami rehat seketika...masa waktu rehat ramai yang keluar prgi makan angin kat DKG...kawan saya yang bernama fakhri dan geng2 nya bukan main seronok bergurau kat luar 2...hu2..

kemudiannya, rehatkami dah habis dah...cik azura sambung kembali pengajarannya...sebelum mulakanbelajar bab4..cik azura menerangkan kepada kami senua mengenai assightment baru yang perlu kami siapkan pada mggu ke 3 sebelum cuti raye...ramai yg sdg bercakap semasa cik azura sdg terangkan psal assigtment hinggakan saya dan rakan2 xdengar ape yg cik azura cakapkan...

selepas tu...cik azura marah dan tamatkan kelas...

tOpOLoGi MESH

Topologi mesh

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:
pandu arah, gelintar

Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara
nod rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.
Rangkaian mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian yang bertindak. Gambar animasi menunjukkan gambaran bagaimana rangkaian mesh tanpa wayar diperbaiki.

Animasi menunjukkan rangkaian mesh diperbaiki
Rangkaian mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi telah menjadi evolusi penting sedekat kemudian.

Kelebihan dan kelemahan topologi mesh

Kelebihan
Tahan lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibandingkan dengan topologi yang lain
Mudah untuk diperbaiki

Kelemahan
Agak susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang banyak
Kos penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi

Thursday, September 3, 2009

R@NGK@I@N tOpOlOgi pOkOK

TOPOLOGI POKOK (TREE)

Topologi pokok atau topologi berheiraki mengandungi beberapa lapisan yang mana nod-nod di paras yang lebih rendah disambung kepada satu nod diparas sebelah atas . Dalam topologi ini , nod-nod boleh diberikan tugas-tugas khas . Nod-nod ini kemudiannya disambungkan ke heiraki rangkaian untuk melakukan tugas-tugas bersepadu . Topologi ini dijumpai dalam penyambungan sesama rangkaian-rangkaian bas . Kelemahan kos pendawaiannya tinggi , pengendalian data lebih kompleks dan masa yang diperlukan bagi menghantar data lebih lambat.
MyEG

MyEG Services Berhad (MyEG) telah diperbadankan di Malaysia sebagai sebuah syarikat persendirian pada 17 Februari 2000 dan dikenali sebagai I.T Marvel Sdn Bhd. Seterusnya, nama syarikat ini telah di tukarkan kepada MyEg Dot Com sebelum mengisytiharkan nama yang kini digunakan pada 13 Oktober 2001. Bersempena dengan penyenaraian syarikat di papan bursa saham MESDAQ pada 13 April 2005, status syarikat ditukarkan kepada sebuah syarikat awam.MyEG terlibat didalam perniagaan pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan E-Kerajaan disamping perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan bagi inisiatif kerajaan. Fokus syarikat adalah meningkatkan penyampaian didalam operasi dalaman kerajaan dan menyampaikan perkhidmatan kepada pengguna. Kejayaan perkhidmatan urusniaga secara atas talian ini telah menjadi pemacu untuk MyEG mengembangkan operasi dan melaksanakan beberapa lagi projek kerajaa
Pada Jun 2004, MyEG telah mengambilalih Gale Vector Sdn Bhd (GVSB) yang berperanan dalam menyediakan penyelesaian perisian dan menyelenggara perkhidmatan kepada pelanggan. Pemilikan GVSB ini membolehkan syarikat untuk mengukuhkan kepakaran yang berasakan teknikal dan menyumbang kepada pembangunan yang berterusan bagi platfom perkhidmatan MyEG.Kumpulan syarikat ini juga memperluaskan operasinya dalam sektor penyelesaian E-Insuran dan beberapa perkhidmatan berkaitan insuran melalui syarikat/subsidarinya iaitu PDX.net Sdn Bhd (PNSB). PNSB mula beroperasi pada 1 Januari 2005 dan kini menyediakan perkhidmatan rangkaian komputeran elektronik (Electronic Computer Linkages) melalui aplikasi perisiannya dan teknologi internet sebagai perantara diantara syarikat-syarikat insuran dan JPJ dalam pengeluaran ‘E-Cover Notes’.MyEG bersama kumpulan syarikatnya berkhidmat sebagai sebuah komuniti yang berasaskan informasi dan pusat perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat, membuat transaksi dan berinteraksi dengan pihak berkuasa kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.


VISI


KAMI Menjadi pembekal yang kompetitif dalam perkhidmatan teknologi maklumat (IT) di seluruh dunia. MISI KAMIUntuk merealisasikan visi kami, teknologi yang digunakan sekarang akan dioptimumkan keupayaannya, membina potensi pekerja, meningkatkan keyakinan pemegang saham, dan meningkatkan hasil melalui pengembangan pasaran, peluasan produk dan inovasi yang berterusan.n.

Sunday, August 23, 2009

aBOUT Rilek

eServices
eServices with RILEKeServices is one of the six Malaysia’s Electronic Government Flagship Applications. In conjunction with the said initiative, KOMMS introduces RILEK to provide innovative online solutions and direct system linkages to JPJ, TNB, Telekom and various financial institutions. These provide us an edge in online payment authorization and multiple services integration.RILEK provides different options for you, either through our user-friendly kiosks located widely, our website at www.rilek.com.my or RILEK Center, within one host; serving the same purpose. RILEK is the revolutionary way to perform all your Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Telekom Malaysia Berhad (TMB) transactions electronically via various delivery channels. RILEK offers JPJ Driving Licensing services, summons payment and inquiries on Kejara Points. Our services include electronic utility bill payment for TNB and Telekom bills. You can complete all your billing payments and inquiries from anywhere.
FUTURE PLANSBesides existing collaborations with the above agencies, RILEK envisions expanding our services to other government agencies soon. Plans are being developed for immediate implementations to make a difference to your lifestyle. In the near future, you will be able to utilize the Government Multi Purpose Card (GMPC) and ATM cards to complete your payment transactions.

Monday, August 10, 2009

M@L@M BEST STUDY B@B 3

rabu, 5 ogOs 2009 DkG 3/10

semasa kuliah pengantar teknologi komunikasi.....pada mlm ini cik azura mengajar bab3 iaitu mengenai perisian komputer....terdapat beberapa tajuk seperti perkara yang berkaitan dgn komponen2 komputer,fungsi2 yang ada dalam komputer & sbgnya......

Cik azura berhenti seketika utk menyemak jurnal yang sy dan rakan2 hasilkan iaitu tugasan yg diberikan pd hujung bln 7 yg perlu dihantar pd mlm itu jg.....semasa cik azura menyemak jurnal kami kebanyakanny salah format termasuklah jurnal saya....jurnal yg perlu dibuat semula perlu dihantar keesokan harinya....

selepas menyemak jurnal cik azura menyambung kembali pengajarannya dan dalam tajuk ini saya dan kawan2 dapat mengenali jenis2 tetikus yg sering digunakan pd masa kini.....

kemudiannya,...cik azura menberi tugasan baru kpd kami iaitu kami perlu mencari maklumat mengenai perbezaan antara portal MYEG dan portal Rilek....seterusnya,...maklumat tentang apa itu aplikasi sistem window & MAC........

Thursday, August 6, 2009

kenANgan BeLajar bab 2

RABU,15 JULAI 2009.........

Pada waktu ini, di bilik kuliah 3/10 pengantar teknologi komunikasi cik azura menerangkan maklumat dalam bab 2.Bab ini mengenai sejarah perkembangan teknologi komunikasi.Dalam bab ini ,saya diajar mengenai sejarah teknologi komunikasi yang terbahagi kpd 4 iaitu era komunikasi penulisan,era komunikasi percetakan,era telekomunikasi,era komunikasi interaktif,evolusi teknologi komunikasi,peranan teknologi komunikasi dan hala tuju dan pembangunan ICT dunia......

Dalam subtopik erakomunikasi penulisan terdapat 3 jenis komunikasi iaitu komunikasi melalui suara(terhad pada jarak tertentu dan tidak dpt disinpan lama),komunikasi simbol(mengandungi byk maklumat seperti budaya,buruan dan peperangan) dan komunikasi abjad(mudahkan proses pembelajaran tulisan dan menggunakan medium seperti papyrus dan batu).....

Selain itu juga dalam bab ini saya dapat mempelajari tentang evolusi teknologi komunikasi yg terdiri daripada percetakan(hasilkan teks tanpa kesalahan),telekomunikasi(gunakan isyarat seperti asap), telegraf,fonograf,telefon,radio,fotografi,televisyen dan komputer serta gambarbergerak......

Seterusnya,peranan teknologi komunikasi iaitu penyumbangutama bagi pertumbuhan ekonomi,asas meningkatkan sektor2 ekonomi lain.mengekalkan keberkesanan,meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan mengekalkan identiti bangsa dan negara........

Pada malam ini banyak yg dapat saya pelajari mengenai sistem2 komunikasi.Pada malam ini juga saya telah diberi tugasan secara individu iaitu jurnal yang berkaitan dengan subjek yg kami pelajari.Suasana bilik kuliah bising kerana rakan2 saya bertanya kepada cik azura mengenai jurnal yg diberikan.kami pening pasal jurnal kerana tidak faham...maklumlah pelajar semester1.......

Sekian....itu sahaja kenanganyg berlaku pada malam itu di bilik kuliah 3/10



My sWEET memORy

RABU,8 JULAI 2009........


Malam ini sangat indah dan suasana dalam bilik kuliah sangat meriah....

Pada malam ini, saya bersama2 rakan yang mengambil subjek pengantar teknologi telah diajar oleh cik Azura mengenai pengenalan kpd sistem komunikasi,sejarah mengenai teknologi komunikasi dan sbgnya.....


Dalam bab ini saya dan rakan2 dapat menetahui sedikit sebanyak mengenai digitalisasi data dimana melaluinya kami dapat mengetahui tentang pengealan kepada digitalisasi,teks era digital,audio di era digital dan penerbitan di era digital.....


Selain itu, dlm bab ini juga kami telah didedahkan dgn sistem model universal yg terbahagi kpd input(sumber),output(hasil proses yang berlaku),proses(proses teknikal berdasarkan jenis teknologi yg digunakan) dan feedback(maklum balas/respon yg diberikan).....


Dalam bab ini juga kami diajar tentang takrif komunikasi iaituproses penukaran antr idea dgn pemikiran.proses penghantaran maklumat,proses interaksi manusia mggunakan simbol utk cipta dan tejermah makna,proses mengurus mesej.....


Seterusnya, kami diperkenalkan juga mengenai model2 sistem komunikasi iaitu model lasswell,model shanon dan weaver serta model berlo.Model lassweii ialah model sehala yang melibatkan sender hantar mesej memerusi channel kpd receiver dlm konteks persekitaran noise.Model shanon dan weaver juga model sehala yanng menambah unsur gangguan/noise.


Selepas selesai beljar mengenai bab itu,cik Azura melontarkan soalan secara umum kpd kami bagi menguji tahap kefahaman kami mengenai apa yg diajarny.Kami diberi soalan tentang kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi media elektronik dan media cetak.....


Suasana dalam bilik kuliah riuh rendah apabila sesi soal jwb berlangsung.Hanya beberapa orang pelajar disoal dan ada juga pelajar yg membangkang kerana tidak setuju dgn pendapat rakan2 mereka.suasana bilik kuliah menjadi bising dan ceria kerana mereka saling menghujah pedapat masing2.....


kenangan manis ini akan menjadi ingatan........

Friday, July 10, 2009

suaikenal kumpulan

NAMA :FAZIMAH
WARNA KEGEMARAN :HIJAU
TEMPAT KEGEMARAN :PANTAI
HOBI :MELANCONG
CITA-CITA :DJ

NAMA :ZRAL
WARNA KEGEMARAN :BIRU
TEMPAT KEGEMARAN :SHOPPING KOMPLEKS
HOBI :BACA KOMIK
CITA-CITA :ARKITEK

NAMA :SAFI
WARNA KEGEMARAN :BIRU
TEMPAT KEGEMARAN :TAIPING CENTRE
HOBI :BADMINTON
CITA-CITA :POLIS

NAMA :FAKHRI
WARNA KEGEMARAN :HITAM
TEMPAT KEGEMARAN :KB MALL
HOBI :SURF INTERNET
CITA-CITA :GURU

NAMA :SHA
WARNA KEGEMARAN :PINK & MERAH
TEMPAT KEGEMARAN :PANTAI
HOBI :DENGAR LAGU
CITA-CITA :PENSYARAH


NAMA :NORAINI
WARNA KEGEMARAN :MERAH
TEMPAT KEGEMARAN :SHOPPING COMPLEX
HOBI :MENONTON TV
CITA-CITA :GURU

NAMA :VINODINI
WARNA KEGEMARAN :MERAH
TEMPAT KEGEMARAN :MID VALLEY
HOBI :DENGAR LAGU
CITA-CITA :PENSYARAH

NAMA :THANA
WARNA KEGEMARAN :BIRU
TEMPAT KEGEMARAN :BILIK 546
HOBI :MUZIK
CITA-CITA :GURU

NAMA :FIZAH
WARNA KEGEMARAN :HIJAU
TEMPAT KEGEMARAN :TEMPAT MAKAN
HOBI :DENGAR RADIO
CITA-CITA :GURU

NAMA :HUSNA
WARNA KEGEMARAN :BIRU
TEMPAT KEGEMARAN :AIR TERJUN
HOBI :MEMBACA
CITA-CITA :DIPLOMAT

NAMA :BEATICE CHONG
WARNA KEGEMARAN :HITAM
TEMPAT KEGEMARAN :CAFE
HOBI :TIDUR, SURF INTERNET
CITA-CITA :IKLAN DESIGNER